Pinjaman Peribadi dari Bank
Mengambil pinjaman peribadi dari bank adalah lebih baik dari pinjaman dari syarikat pinjaman berlesen sebab biasanya bank memberikan kadar faedah yang rendah dengan jangkamasa bayaran balik yang lama.
Pengalaman kami berurusan dengan bank boleh membantu anda untuk mendapatkan pinjaman dari bank
ISI BORANG DI BAWAH SEKARANG!
Kelebihan Pinjaman Peribadi dari Bank
- Bank menawarkan kadar faedah yang rendah. Maka ada baiknya mengambil pinjaman bank untuk membayar semua hutang yang sedia ada, yang mempunyai kadar faedah yang tinggi. Contohnya, hutang kad kredit.
- Bank menawarkan tempoh bayaran balik yang lama. Ini membolehkan pinjaman yang lebih besar dibuat, jika perlu. Contohnya, untuk belanja majlis perkahwinan atau pembelian sesuatu yang berharga, atau untuk kos ubah suai rumah atau membayar bil perubatan yang tinggi.
Penilaian Pinjaman
Bank meluluskan pinjaman berpandukan keyakinan mereka bahawa peminjam mampu membayar balik pinjaman itu. Untuk menilai samada peminjam mampu membayar balik atau tidak, bank akan mengambilkira banyak fakta. Diantara fakta yang diambilkira untuk pinjaman peribadi adalah seperti berikut:
- Pendapatan bulanan, setelah ditolak semua perbelanjaan seperti potongan cukai dan kwsp, sewa rumah, ansuran kereta, perbelanjaan bulanan untuk makanan dan bil, bayaran balik hutang sedia ada dan sebagainya. Jumlah yang tinggal ini digunakan untuk menilai samada pemohon mempunyai baki yang cukup untuk membayar ansuran bulanan pinjaman yang dipohon.
- Usia pemohon
- Berapa lama bekerja di tempat sekarang
- Rekod bayaran balik pinjaman sedia ada (kalau ada)
Selain perkara di atas, setiap bank juga mempunyai kriteria tersendiri dalam meluluskan atau menolak permohonan pinjaman.
Senarai Dokumen Memohon Pinjaman Peribadi
Setiap bank mempunyai senarai dokumen sendiri untuk permohonan pinjaman.
Secara am, berikut adalah dokumen yang biasanya diminta oleh bank untuk permohonan pinjaman peribadi :
- Salinan kad pengenalan
- Salinan slip gaji (3 hingga 6 bulan)
- Penyata KWSP
- Penyata bank persendirian (3 hingga 6 bulan)
- Salinan borang EA
Hubungi Kami
Hubungi kami melalui borang berikut atau hantar whatsapp kepada +60103658513 (Ridzwan). Kalau whatsapp, sertakan nama dan maklumat seperti di bawah
Ruang Bertanda * Perlu Diisi